Tel: 09- 5681623 | Fax: 09- 5681626 | webtourism16@gmail.com                                                                                                                                                                                                                                                                     FAQ Hubungi Kami Maklumbalas Peta Laman
 

ROMPIN, 9 SEPTEMBER 2024 : Penganjuran Royal Pahang Billfish International Challenge (RPBIC) 2024 memberikan impak yang positif kepada Rompin apabila saban tahun daerah itu menjadi tumpuan peserta RPBIC dari seluruh dunia. Wakil YAB Menteri Besar Pahang, Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, YB. Dato’ Ir Razali Kassim berkata, impak positif dapat diterima oleh semua pihak apabila setiap peserta turut memanfaatkan segala kemudahan yang tersedia di daerah itu.

“Dari segi pelancongan sama ada daerah atau negeri, termasuk juga kepada komuniti setempat di mana kalau musim macam ini saya tengok hotel pun penuh, setiap kali ada event macam ini hotel-hotel, homestay pun penuh, ini memberi gambaran positif kepada ekonomi masyarakat setempat,” katanya. Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penutup Royal Pahang Billfish International Challenge 2024 di Villea Resort and Golf, Kuala Rompin di Rompin, malam semalam. Hadir sama ialah Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, YB. Puan Leong Yu Man, Pengurus Besar Tourism Pahang, YBrs. Encik Kamaruddin Ibrahim dan Pengarah Perikanan Negeri Pahang, YBrs. Encik Abdullah Jaafar.

Pada RPBIC 2024 yang diadakan buat kali ke-20 ini telah melibatkan penyertaan seramai 80 peserta daripada 20 pasukan seluruh dunia telah menyertai pertandingan ini termasuklah United Kingdom, Australia, Jepun, Singapura, China, India dan Malaysia.

Menurut YB. Puan Leong Yu Man, jumlah tangkapan ikan layaran berkonsepkan tangkap dan lepas pada kali ini amat memberangsangkan dengan lebih 150 ekor ikan berjaya direkodkan. Jelasnya, jumlah peningkatan penyertaan juga memberikan gambaran positif kepada penglibatan lebih banyak peserta pada tahun hadapan yang ingin merasai sendiri menangkap ikan layaran yang hanya terdapat banyak di perairan laut Rompin di Malaysia. “Kita menggalakkan, mengalu-alukan kedatangan semua pemancing dan penggemar dari seluruh dunia untuk melawat Rompin merasai sendiri mendapat pengalaman baru di Rompin khususnya dalam musim antara Mac hingga September,” katanya. Juara RPBIC kali ini mendapat penghormatan untuk melayakkan pasukan bertanding dalam Offshore World Championship (OWC) di Costa Rica.-PAHANGMEDIA

Pautan Agensi

SUK PahangTourism PahangMAMPUMyGOVJPATourism Malaysia

Hubungi Kami

Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser
No 33 & 33A, ICT Hub Indian Town,
Jalan Putra Square 4,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
 
icon email 01 webtourism16[at]gmail[dot]com

Jumlah Pelawat

Malaysia 72.3% Malaysia
South Korea 8.5% South Korea

Total:

32

Countries
007818
Today: 21
Yesterday: 25
This Week: 55
This Month: 397
Last Month: 1,387
Total: 7,818
FacebookInstagramTiktokTwitterYou Tube
Hakcipta Terpelihara 2024 © Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser @Tourism Pahang.
Tarikh Kemaskini: 18 September 2024 | Diselenggara oleh : Webmaster PKBF 
Paparan terbaik menggunakan internet versi Mozilla Firefox atau Chrome yang terkini
 
 
MyHRMIS Mobile