Tel: 09- 5681623 | Fax: 09- 5681626 | webtourism16@gmail.com                                                                                                                                                                                                                                                                     FAQ Hubungi Kami Maklumbalas Peta Laman
 

KUANTAN, 20 JULAI 2024 : Kerajaan Negeri Pahang menggunakan promosi pelancongan baharu dengan menggunakan kereta api bagi menarik minat lebih ramai pelancong ke negeri ini. Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, YB. Cik Leong Yu Man berkata promosi ini telah diumumkan oleh YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail tahun ini.

“Tahun ini kita ada satu tambahan di mana kita mempromosikan pelancongan kereta api seperti yang diumumkan YAB Menteri Besar Pahang iaitu salah satu bajet pelancongan pada tahun ini. “Ia adalah untuk menggalakkan promosi pelancongan merangkumi beberapa stesen di negeri ini termasuklah stesen kereta api di Kemayan, Mentakab, Lipis, Merapoh, dan Jerantut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program MATTA Fair Pahang di Kuantan City Mall hari ini yang turut dihadiri Pengurus Besar Tourism Pahang, YBrs. Tuan Kamarudin Ibrahim; Datuk Bandar Kuantan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), YH. Dato’ Razihan Adzharuddin; dan Pengerusi MATTA Pahang Chapter (Penggal 2023-2025), YBrs. Tuan Alex Chea.Sementara itu, beliau menjangkakan sebanyak RM500,000 kutipan jualan daripada 2,000 pengunjung akan hadir ke MATTA Fair Pahang yang akan berlangsung selama tiga hari sehingga esok di mana sebanyak 28 reruai pempamer turut mengambil bahagian. -PAHANGMEDIA

Pautan Agensi

SUK PahangTourism PahangMAMPUMyGOVJPATourism Malaysia

Hubungi Kami

Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser
No 33 & 33A, ICT Hub Indian Town,
Jalan Putra Square 4,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
 
icon email 01 webtourism16[at]gmail[dot]com

Jumlah Pelawat

Malaysia 72.4% Malaysia
South Korea 8.4% South Korea

Total:

32

Countries
007847
Today: 21
Yesterday: 29
This Week: 84
This Month: 426
Last Month: 1,387
Total: 7,847
FacebookInstagramTiktokTwitterYou Tube
Hakcipta Terpelihara 2024 © Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser @Tourism Pahang.
Tarikh Kemaskini: 19 September 2024 | Diselenggara oleh : Webmaster PKBF 
Paparan terbaik menggunakan internet versi Mozilla Firefox atau Chrome yang terkini
 
 
MyHRMIS Mobile