Tel: 09- 5681623 | Fax: 09- 5681626 | webtourism16@gmail.com                                                                                                                                                                                                                                                                     FAQ Hubungi Kami Maklumbalas Peta Laman
 

KUANTAN, 20 JULAI 2024 : Kerajaan Negeri Pahang telah berjaya mengutip cukai kelestarian sebanyak hampir RM5 juta dalam tempoh lima bulan sehingga Mei tahun ini. Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, YB. Cik Leong Yu Man berkata jumlah kutipan tahun ini dijangka dapat mengatasi kutipan tahun lepas iaitu sebanyak hampir RM10 juta. “Untuk melihat kepada statistik pelancongan kita bukan sahaja berdasarkan data yang di kutip oleh Tourism Pahang tetapi kita juga merujuk kepada kutipan fi kelestarian oleh Kerajaan Negeri Pahang.

“Fi kelestarian ini adalah sebanyak RM3 bagi satu bilik satu malam kepada semua pengunjung di hotel yang berdaftar dengan Pihak Kerajaan Tempatan. “Setakat Mei tahun ini, fi kelestarian yang di kutip adalah hampir RM5 juta dan kita mensasarkan jumlah ini akan bertambah berdasarkan faktor cuti sekolah pada Jun, Julai dan sampai hujung tahun,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program MATTA Fair Pahang di Kuantan City Mall hari ini yang turut dihadiri Pengurus Besar Tourism Pahang, YBrs. Tuan Kamarudin Ibrahim; Datuk Bandar Kuantan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), YH. Dato’ Razihan Adzharuddin; dan Pengerusi MATTA Pahang Chapter (Penggal 2023-2025), YBrs. Tuan Alex Chea.

Menurut beliau, kutipan fi kelestarian ini akan digunakan kembali untuk menaiktaraf perkhdimatan dan infrastruktur sektor pelancongan di negeri ini. “Fi kelestarian ini akan digunakan kembali okeh sektor pelancongan di mana sebahagian akan digunakan untuk menaiktaraf atau menyelenggara infrastruktur pelancongan di Negeri Pahang. “Dan sebahagian lagi akan digunakan oleh Kerajaan Tempatan mengikut daerah untuk membangunkan sektor pelancongan masing-masing,” katanya. Fi kelestarian bernilai RM3 kepada penginap hotel bagi satu malam di negeri ini diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Pahang pada 2022 bagi memastikan hasil kutipan digunakan untuk membiayai pemasaran serta usaha mempergiat pelancongan ke Pahang. -PAHANGMEDIA

Pautan Agensi

SUK PahangTourism PahangMAMPUMyGOVJPATourism Malaysia

Hubungi Kami

Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser
No 33 & 33A, ICT Hub Indian Town,
Jalan Putra Square 4,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
 
icon email 01 webtourism16[at]gmail[dot]com

Jumlah Pelawat

Malaysia 72.4% Malaysia
South Korea 8.4% South Korea

Total:

32

Countries
007847
Today: 21
Yesterday: 29
This Week: 84
This Month: 426
Last Month: 1,387
Total: 7,847
FacebookInstagramTiktokTwitterYou Tube
Hakcipta Terpelihara 2024 © Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser @Tourism Pahang.
Tarikh Kemaskini: 19 September 2024 | Diselenggara oleh : Webmaster PKBF 
Paparan terbaik menggunakan internet versi Mozilla Firefox atau Chrome yang terkini
 
 
MyHRMIS Mobile