Tel: 09- 5681623 | Fax: 09- 5681626 | webtourism16@gmail.com                                                                                                                                                                                                                                                                     FAQ Hubungi Kami Maklumbalas Peta Laman
 

KUANTAN, 11 SEPTEMBER 2024 : Negeri Pahang mencatatkan sebanyak 75 peratus bagi Kadar Purata Tempoh Pengingapan Tertinggi di Malaysia dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini. Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, YB. Puan Leong Yu Man berkata, jumlah ini menunjukkan peningkatan positif sebanyak 2.5 peratus berbanding tahun lepas dengan menilai lebih dari 36,000 jumlah bilik penginapan berdaftar di Pahang.

“Data diperoleh menunjukkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di kedudukan kedua dengan purata 60.3 peratus diikuti Wilayah Persekutuan Putrajaya di tangga ketiga dengan purata 55 peratus. “Kedudukan keempat ialah Negeri Pulau Pinang dengan purata 53.5 peratus disusuli kedudukan kelima dan keenam iaitu Negeri Johor dan Negeri Selangor masing-masing dengan purata 49.2 peratus dan 47.7 peratus,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Jelasnya, Pahang turut mencatatkan jumlah kedatangan penginap hotel tertinggi dalam kalangan pelancong tempatan seramai 5.92 juta orang. YB. Puan Leong Yu Man berkata, terdapat lima daerah yang menunjukkan jumlah kedatangan pelancong yang positif ialah Bentong, Kuantan, Cameron Highlands, Temerloh dan Rompin. “Destinasi-destinasi pelancongan seperti Genting Highlands, Pulau Tioman, Cameron Highlands dan Bandaraya Kuantan masih kekal relevan serta menjadi tumpuan dengan jumlah kedatangan pelancong yang sentiasa meningkat dari tahun ke tahun,” katanya. – PAHANGMEDIA

Pautan Agensi

SUK PahangTourism PahangMAMPUMyGOVJPATourism Malaysia

Hubungi Kami

Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser
No 33 & 33A, ICT Hub Indian Town,
Jalan Putra Square 4,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
 
icon email 01 webtourism16[at]gmail[dot]com

Jumlah Pelawat

Malaysia 72.3% Malaysia
South Korea 8.5% South Korea

Total:

32

Countries
007818
Today: 21
Yesterday: 25
This Week: 55
This Month: 397
Last Month: 1,387
Total: 7,818
FacebookInstagramTiktokTwitterYou Tube
Hakcipta Terpelihara 2024 © Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser @Tourism Pahang.
Tarikh Kemaskini: 18 September 2024 | Diselenggara oleh : Webmaster PKBF 
Paparan terbaik menggunakan internet versi Mozilla Firefox atau Chrome yang terkini
 
 
MyHRMIS Mobile