Tel: 09- 5681623 | Fax: 09- 5681626 | webtourism16@gmail.com                                                                                                                                                                                                                                                                     FAQ Hubungi Kami Maklumbalas Peta Laman
 

KUALA LUMPUR, 29 JULAI 2024 : Kerajaan Negeri Pahang akan menganjurkan Malaysia International Tourism Expo Pahang 2024 (MIT Pahang 2024) yang berkonsepkan perniagaan ke perniagaan (B2B) pertama dilaksanakan oleh pihak kerajaan di Malaysia. Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, YB. Cik Leong Yu Man berkata ekspo oleh Tourism Pahang ini merupakan platform bagi menarik pelaburan industri pelancongan di negeri ini.

“Ini merupakan inisiatif baharu oleh Kerajaan Negeri Pahang bagi menarik pemain pelancongan B2B (perniagaan kepada pernigaan) dan ini merupakan ekspo pelancongan berkonsepkan B2B pertama dilaksanakan oleh kerajaan di Malaysia. “Antara objektif penganjuran MIT Pahang 2024 ini adalah menyediakan platform business to business (B2B) kepada pemain pelancongan Asia Tenggara dan seluruh dunia untuk berhubung dan memupuk kerjasama antara satu sama lain,” katanya.  Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Pelancaran Malaysia International Tourism Expo Pahang 2024 yang bertemakan Sustainable Tourism, The Way Forward di Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur.

Turut hadir, Pengurus Besar Tourism Pahang, YBrs. Tuan Kamarudin Ibrahim; dan Pengarah Pejabat Tourism Malaysia Wilayah Tengah, YBrs. Encik Azmi Abdullah. Menurut beliau, ekspo yang akan berlangsung pada 8 Oktober sehingga 10 oktober ini turut menjadikan Club Med Cherating sebagai salah satu tempat program bertujuan mempamerkan keindahan Pahang secara keseluruhan. Menurut Encik Kamarudin, ekspo pelancongan yang akan berlangsung di Sultan Ahmad Shah International Convention Centre Kuantan ini juga dapat menjadikan Kuantan sebagai hub pertemuan perniagaan dari seluruh dunia. Sementara itu, Encik Azmi berkata ekspo ini juga dapat menjadi batu loncatan kepada Tourism Malaysia bagi mencapai sasaran 35.6 juta pelancong dengan nilai pendapatan sebanyak RM147.1 bilion pada 2026. -PAHANGMEDIA

Pautan Agensi

SUK PahangTourism PahangMAMPUMyGOVJPATourism Malaysia

Hubungi Kami

Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser
No 33 & 33A, ICT Hub Indian Town,
Jalan Putra Square 4,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
 
icon email 01 webtourism16[at]gmail[dot]com

Jumlah Pelawat

Malaysia 72.4% Malaysia
South Korea 8.4% South Korea

Total:

32

Countries
007847
Today: 21
Yesterday: 29
This Week: 84
This Month: 426
Last Month: 1,387
Total: 7,847
FacebookInstagramTiktokTwitterYou Tube
Hakcipta Terpelihara 2024 © Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser @Tourism Pahang.
Tarikh Kemaskini: 19 September 2024 | Diselenggara oleh : Webmaster PKBF 
Paparan terbaik menggunakan internet versi Mozilla Firefox atau Chrome yang terkini
 
 
MyHRMIS Mobile