Tel: 09- 5681623 | Fax: 09- 5681626 | webtourism16@gmail.com                                                                                                                                                                                                                                                                     FAQ Hubungi Kami Maklumbalas Peta Laman
 

PEKAN, 23 JUN 2024 : Kerajaan Pahang sentiasa prihatin dan mengambil berat terhadap perkembangan dan keadaan terkini di Tasik Chini di Pekan. Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, YB. Cik Leong Yu Man berkata, menerusi Perbadanan Taman Negeri Pahang (PTNP) pelbagai pelan strategik dirancang bagi membangunkan semula Tasik Chini yang pernah terkenal suatu ketika dahulu. 

“Kerajaan Negeri memang sentiasa prihatin dan ambil berat tentang keadaan dan perkembangan di Tasik Chini di mana bukan sahaja Kerajaan Negeri, kita percaya orang ramai juga ternanti-nanti untuk mengembalikan kegemilangan Tasik Chini. “Jadi untuk makluman semua buat sekarang ini Tasik Chini memang sudah bersedia menerima pelancong dan pelawat dengan adanya kemudahan PPTC (Pusat Penyelidikan Tasik Chini) di sini,” katanya.  Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Bengkel Sesi Libat Urus Penyediaan Pembangunan Pelan Pengurusan Tasik Chini Rizab Biosfera di Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), Pekan, pagi tadi.

Bengkel yang diadakan selama tiga hari bermula Jumaat lepas turut membabitkan penyertaan 18 agensi dan empat perkampungan Orang Asli. Sesi libat urus ini membincangkan tentang cabaran dan isu yang dihadapi Tasik Chini dan cadangan pembangunan dari segi aspek pelancongan negeri. Dalam pada itu, YB. Cik Leong berkata, PPTC memfokuskan kepada ‘Edu-tourism’ dengan menggalakkan pelancong di kalangan pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan sekolah-sekolah bagi membuka peluang pembelajaran terhadap alam sekitar, budaya, tradisi dan keunikan Tasik Chini. – PAHANGMEDIA

Pautan Agensi

SUK PahangTourism PahangMAMPUMyGOVJPATourism Malaysia

Hubungi Kami

Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser
No 33 & 33A, ICT Hub Indian Town,
Jalan Putra Square 4,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
 
icon email 01 webtourism16[at]gmail[dot]com

Jumlah Pelawat

Malaysia 72.4% Malaysia
South Korea 8.4% South Korea

Total:

32

Countries
007847
Today: 21
Yesterday: 29
This Week: 84
This Month: 426
Last Month: 1,387
Total: 7,847
FacebookInstagramTiktokTwitterYou Tube
Hakcipta Terpelihara 2024 © Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser @Tourism Pahang.
Tarikh Kemaskini: 19 September 2024 | Diselenggara oleh : Webmaster PKBF 
Paparan terbaik menggunakan internet versi Mozilla Firefox atau Chrome yang terkini
 
 
MyHRMIS Mobile