Majlis Perasmian dan Pelancaran Cashless Pusat Peranginan Tanah Tinggi Pertama, Bukit Fraser.
21 September 2023 – Majlis Perasmian dan Pelancaran Cashless Pusat Peranginan Tanah Tinggi Pertama, Bukit Fraser dengan kerjasama daripada pihak Maybank Cawangan Kuantan dan Bank Negara Malaysia Kuala Terengganu telah diadakan di Kompleks Pelancongan Bukit Fraser, Raub.
Inisiatif Cashless ini adalah bertujuan untuk mengorak langkah bersama-sama pihak institusi-institusi perbankan dan pengeluar wang elektronik melalui penggunaan transaksi digital bagi semua urusan pembayaran di Bukit Fraser. Oleh yang demikian, penganjuran inisiatif seperti ini amat membantu memperluaskan aktiviti ekonomi peniaga mahupan orang awam melalui platform berteknologi tinggi serta pembayaran tanpa tunai bagi mengurangkan jurang digital di kalangan bandar.
Majlis pelancaran ini dirasmikan oleh YB Cik Leong Yu Man, EXCO Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang. Turut hadir Bersama adalah Encik Kamaruddin Ibrahim (Pengurus Besar Tourism Pahang), Encik Zambre Ismail (Ketua Pejabat Bank Negara Malaysia Kuala Terengganu -Wilayah Pantai Timur) dan Encik Sudirman Husein (Head Business Performance & Productivity, Region East Coast Maybank).
Powered by Phoca Gallery