Tel: 09- 5681623 | Fax: 09- 5681626 | webtourism16@gmail.com                                                                                                                                                                                                                                                                     FAQ Hubungi Kami Maklumbalas Peta Laman
 

KUANTAN, 27 MEI 2024 : Kerajaan Negeri Pahang dititah supaya menitikberatkan pelaksanaan promosi bagi sektor pelancongan di negeri ini. Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah bertitah ini kerana ia merupakan aset kepada Negeri Pahang. “Saya ingin menyentuh sedikit berkenaan masa hadapan indistri pelancongan di Negeri Pahang dan saya berharap Kerajaan Pahang menitikberatkan tentang promosi pelancongan di seluruh Negeri Pahang. “Di sini saya ingin nyatakan bahawa Kerajaan Negeri Pahang perlu menentukan aset-aset tarikan pelancongan ini dipelihara dengan sebaik mungkin sekecil mana sekalipun khususnya di tepi-tepi pantai, dalam kawasan perhutanan, di atas bukit, seperti Cameron Highlands, di Fraser Hill.

“Ini adalah satu kazanah warisan yang tidak boleh didapati mana-mana sekalipun di Semenanjung Negeri selain daripada Sabah dan Sarawak. This is our asset, this is our priority. Kerajaan Negeri Pahang, rakyat Negeri Pahang, semua rakyat Negeri Pahang harus pelihara apa yang ada di Negeri Pahang ini,” titah baginda.  Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang bertitah demikian pada Majlis Perasmian Pecah Tanah Projek Usahasama di antara Encorp Berhad dan Touch Group Holdings Sdn Bhd di Teluk Cempedak di sini hari ini.

Turut mengiringi keberangkatan Paduka Baginda, YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Hadir sama, YB. Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Sri Haji Zulkifli Haji Yaacob; YB. Pegawai Kewangan Negeri Pahang, Dato’ Indera Nazri Abu Bakar; dan barisan Exco Kerajaan Negeri Pahang. Al-Sultan Abdullah bertitah supaya Kerajaan Negeri Pahang menjadikan kawasan pantai di negeri ini khusus sebagai kawasan pelancongan sepenuhnya bermula dari sempadan Terengganu sehingga sempadan Johor.

“Dalam pada itu saya ingin mengingatkan juga Kerajaan Negeri Pahang jadikan pantai-pantai ini sebagai tempat-tempat pelancongan 100 peratus bukan tempat industri. Banyak lagi tanah-tanah di Pahang ini untuk ditempatkan kalau ada nak buat industri. “Biarlah khusus kita zonkan seluruh pantai daripada border Terengganu sampailah ke border Johor di Tanjung Gading dijadikan reserve untuk hotel-hotel atau rumah-rumah untuk tarikan pelancong. No industri-industri yang menjejaskan kecantikan pantai kita,” titah baginda.

Paduka Baginda dalam titah turut menzahirkan harapan lebih banyak projek sederhana, mahupun lebih besar, dapat dilaksanakan di Pahang. “Jadi dengan adanya aset-aset atau pun tempat-tempat peranginan yang menarik, dia dapat tarik lebih ramai (pelancong) tambah-tambah lagi dengan terbinanya ECRL ini. Kita memerlukan satu tempat yang boleh orang datang dengan senang, mudah, sampai ke tempat diingini, tempat yang bersih, berkualiti, servisnya baik, sebab ini dapat menarik pelancong. “Saya perlu akui bandar Kuantan, Bandaraya Kuantan ini memanglah terkebelakang kalau dibandingkan dengan Pulau Pinang, kalau dibandingkan dengan Langkawi, kalau dibandingkan dengan Melaka sekalipun, kita masih lagi kebelakangan. So we have to fast track ourselves, fast track our minda, fast track our effort supaya kita dapat menyediakan dalam masa dua tiga tahun ini kerana ECRL akan siap diguna pada 2027.

“So saya harap banyak lagi projek-projek yang sederhana, ataupun yang lebih besar, akan dapat diadakan di Pahang. Saya sendiri akan memberi galakan kepada mana-mana pihak untuk memberi idea-idea supaya Bandaraya Kuantan khususnya persekitaran di tepi pantai dapat dimajukan sebaik mungkin,” titah baginda. -PAHANGMEDIA

Pautan Agensi

SUK PahangTourism PahangMAMPUMyGOVJPATourism Malaysia

Hubungi Kami

Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser
No 33 & 33A, ICT Hub Indian Town,
Jalan Putra Square 4,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
 
Emel: webtourism16[at]gmail[dot]com

Jumlah Pelawat

Malaysia 74.2% Malaysia
South Korea 7.9% South Korea

Total:

36

Countries
009137
Today: 10
Yesterday: 18
This Week: 139
This Month: 414
Last Month: 622
Total: 9,137
FacebookInstagramTiktokTwitterYou Tube
Hakcipta Terpelihara 2024 © Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser @Tourism Pahang.
Tarikh Kemaskini: 18 November 2024 | Diselenggara oleh : Webmaster PKBF 
Paparan terbaik menggunakan internet versi Mozilla Firefox atau Chrome yang terkini
 
 
MyHRMIS Mobile