Tel: 09- 5681623 | Fax: 09- 5681626 | webtourism16@gmail.com                                                                                                                                                                                                                                                                     FAQ Hubungi Kami Maklumbalas Peta Laman
 

ROMPIN, 19 MEI 2024 : Pulau Tioman telah diiktiraf sebagai Pulau Tenaga Hijau selepas Pulau Perhentian dan Pulau Redang menerusi penggunaan 100 peratus Tenaga Boleh Baharu (TBB) seperti pembangunan taman solar, pembekalan elektrik untuk tujuan pusat data baru dan penjanaan hidrogen hijau. Pengurus Besar Lembaga Pembangunan Tioman (TDA), YH. Dato’ Haji Idros Yahya berkata, usaha dilakukan bagi membolehkan pembekalan tenaga elektrik dilaksanakan di Pulau Tioman agar lebih lestari dan mesra alam menerusi pemasangan panel-panel solar.

“Apa yang kita laksanakan sekarang ini ialah yang pertama sekali kita cuba menggunakan solar kita pun telah mendapat peruntukan dari Kerajaan Persekutuan untuk memasang lapan solar utama terutama sekali di atas jeti-jeti yang terdapat di Pulau Tioman sebagai dua fungsi iaitu sebagai atap kepada pelancong dan yang kedua panel solar akan diletakkan di atas itu (bumbung) untuk menghasilkan tenaga,” katanya. Beliau berkata demikian selepas melakukan lawatan tapak sempena Sesi Pemukiman Kepimpinan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di sekitar Kampung Tekek, Pulau Tioman, semalam. Selain penggunaan tenaga solar, TDA turut melaksanakan projek mini hidro turbin yang juga boleh menghasilkan tenaga dengan sebanyak 28 peratus kadar penggunaan penggantian tenaga telah berjaya dicapai meskipun sasaran sebenar adalah pada tahun 2040.

Pihak TDA turut melihat potensi-potensi penggantian tenaga yang lain menggunakan angin dan ombak dan membuat kajian terperinci bersama TNB Research untuk memasang Off Shore Solar atau solar di lautan memandangkan Tioman berada di dalam kawasan Taman Laut. “Bagi mengembangkan lagi Pulau Tenaga Hijau dan aktiviti berasaskan kehijauan atau Green Technology atau Green Practise, kita juga menggalakkan penggunaan kenderaan menggunakan solar atau pun menggunakan bateri,” katanya.

TDA turut mengadakan kerjasama bersama UMPSA bagi menjayakan TBB dalam penggunaan kenderaan. TDA turut berusaha mengurus sisa pepejal dengan memastikan proses pelupusan dilakukan dengan mematuhi keperluan tenaga hijau selain menukarkan sisa tersebut kepada bentuk keperluan lain yang dapat memaksimakan penggunaan bahan sisa tersebut sekali gus mengelakkan pembaziran sisa pepejal. – PAHANGMEDIA

Pautan Agensi

SUK PahangTourism PahangMAMPUMyGOVJPATourism Malaysia

Hubungi Kami

Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser
No 33 & 33A, ICT Hub Indian Town,
Jalan Putra Square 4,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
 
Emel: webtourism16[at]gmail[dot]com

Jumlah Pelawat

Malaysia 74.2% Malaysia
South Korea 7.9% South Korea

Total:

36

Countries
009137
Today: 10
Yesterday: 18
This Week: 139
This Month: 414
Last Month: 622
Total: 9,137
FacebookInstagramTiktokTwitterYou Tube
Hakcipta Terpelihara 2024 © Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser @Tourism Pahang.
Tarikh Kemaskini: 18 November 2024 | Diselenggara oleh : Webmaster PKBF 
Paparan terbaik menggunakan internet versi Mozilla Firefox atau Chrome yang terkini
 
 
MyHRMIS Mobile