Tel: 09- 5681623 | Fax: 09- 5681626 | webtourism16@gmail.com                                                                                                                                                                                                                                                                     FAQ Hubungi Kami Maklumbalas Peta Laman
 
011123

Melaka: Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat di Festival Warisan dan Pelancongan Melaka-Pahang 2023 di Muzium Kesultanan Melayu Melaka di Banda Hilir, di sini malam ini.

Keberangkatan tiba Tengku Hassanal pada 8.45 malam itu disambut Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam; Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Festival Warisan dan Pelancongan Melaka-Pahang 2023 adalah program lintasan budaya antara kedua-dua negeri yang diadakan bersempena Program Menjunjung Kasih Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ia adalah penghargaan rakyat Melaka terhadap Seri Paduka yang akan menamatkan pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Januari depan.

Ab Rauf berkata, kerajaan negeri menzahirkan ucapan sembah kasih sayang terhadap Seri Paduka yang bakal menamatkan perkhidmatan Januari depan.

"Kita menjunjung kasih dan menghargai jasa Tuanku selama pemerintahan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong," katanya.

Al-Sultan Abdullah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 oleh Majlis Raja-Raja pada 24 Januari 2019, sejurus menaiki takhta sebagai Sultan Pahang pada 15 Januari tahun yang sama.

Baginda akan menamatkan pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Januari 2024, selepas bersemayam di atas takhta kerajaan Malaysia selama lima tahun, bermula 31 Januari 2019.

Mengulas lanjut, Ab Rauf berkata program silang budaya itu bertujuan bagi memartabatkan seni, budaya serta warisan kedua-dua negeri yang memiliki hubungan sejarah yang sangat rapat sejak zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka lagi.

Katanya, berdasarkan catatan sejarah, hubungan istimewa Melaka dan Pahang bermula apabila Sultan Melaka pada ketika itu, Sultan Mansur Syah berkahwin dengan Tun Teja, seorang puteri rupawan yang juga puteri tunggal Bendahara Pahang pada masa itu.

"Justeru, bagi terus memperkasa hubungan sejarah yang sedia terjalin antara Melaka dan Pahang, saya berharap penganjuran festival yang julung kali ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang," katanya.

Sementara itu, Wan Rosdy, berkata Pahang dan Melaka mempunyai kaitan sejarahnya terutama bagaimana hubungan antara kedua-duanya terbentuk sejak abad ke-13 masihi.

"Menyentuh mengenai Festival Warisan dan Pelancongan Melaka-Pahang 2023, ia adalah satu program yang amat bermakna, di mana ia secara langsung memberi peluang kepada kedua-dua negeri untuk menyatukan kekayaan warisan budaya yang membabitkan kesenian, tarian tradisional, muzik dan makanan.

"Sebagai contoh, di Pahang kami mempunyai Tarian Gamelan, Tarian Piring dan Tarian Labi-Labi, Gendang Pahang, Joget Pahang

serta masakan Ikan Patin Tempoyak dan Asam Rong.

"Menerusi Festival ini juga, ia adalah satu platform yang mana kita dapat mempromosikan lokasi pelancongan menarik di kedua-dua negeri kepada rakyat keseluruhannya," katanya.

Sumber - Harian Metro

Pautan Agensi

SUK PahangTourism PahangMAMPUMyGOVJPATourism Malaysia

Hubungi Kami

Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser
No 33 & 33A, ICT Hub Indian Town,
Jalan Putra Square 4,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
 
Emel: webtourism16[at]gmail[dot]com

Jumlah Pelawat

Malaysia 74.2% Malaysia
South Korea 7.9% South Korea

Total:

36

Countries
009137
Today: 10
Yesterday: 18
This Week: 139
This Month: 414
Last Month: 622
Total: 9,137
FacebookInstagramTiktokTwitterYou Tube
Hakcipta Terpelihara 2024 © Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser @Tourism Pahang.
Tarikh Kemaskini: 18 November 2024 | Diselenggara oleh : Webmaster PKBF 
Paparan terbaik menggunakan internet versi Mozilla Firefox atau Chrome yang terkini
 
 
MyHRMIS Mobile