26 Oktober 2023 - YAB Menteri Besar Pahang telah melancarkan simbolik Bantuan Prihatin Pahang tahun 2023 bagi Kluster Pemandu Bot Pelancong dan Malim Gunung berjumlah RM200,000, dan kepada Majlis Kebudayaan Negeri Pahang berjumlah RM600,000.
YAB Menteri Besar Pahang juga turut melancarkan Kad Pelindungan Insurans Berkelompok berjumlah RM300,000 kepada Pemandu Pelancong,Pengusaha Bot dan Malim Gunung yang aktif di Negeri Pahang.
Semoga dengan inisiatif daripada Kerajaan Negeri ini, ia dapat membantu para penerima meningkatkan semangat untuk terus berjaya dalam setiap bidang yang diceburi.
Foto : Pahang Media