Tel: 09- 5681623 | Fax: 09- 5681626 | webtourism16@gmail.com                                                                                                                                                                                                                                                                     FAQ Hubungi Kami Maklumbalas Peta Laman
 

KUANTAN, 10 MAC 2024 : Bertemakan ‘Nostalgia Rewang Melayu’, Pasar Sera anjuran Yayasan Pahang bersama Sera Group Enterprise yang berlangsung selama dua hari berjaya menarik kira-kira 5,000 pengunjung yang datang untuk melihat sendiri keistimewaannya. Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita Dan Keluarga Negeri Pahang, YB Dato’ Sabariah Saidan berkata, program yang diadakan di perkarangan Rumah Pahang di Yayasan Pahang ini turut menghimpunkan 62 orang usahawan tempatan. “Pasar Sera ini menjadi medan bagi usahawan tempatan menjual pelbagai kategori makanan, minuman, koleksi raya, bunga, hiasan rumah dan hasil kraftangan anak muda sempena Ramadan dan Hari Raya Aidil Fitri.

“Program ini berlangsung sehingga esok, siapa (kanak-kanak lelaki) yang datang hari ini dapat gunting rambut secara percuma melalui program CSR untuk 200 orang yang diadakan dengan kerjasama Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills (YPAS) sempena pembukaan sekolah Isnin ini,” katanya. Beliau berkata demikian ketika hadir melawat Pasar Sera dan beramah mesra dengan usahawan dan juga pengunjung yang datang. Hadir sama Ketua Pegawai Perkhidmatan Yayasan Pahang, Datin Nor Aza Abd Aziz dan Ketua Unit Komunikasi Korporat, Puan Zarinah Hamid. Dalam pada itu, Dato’ Sabariah berkata, Pasar Sera yang diadakan berjaya mempromosi ekonomi lokal dan warisan budaya Melayu.

Selain itu, acara ini dapat mempromosi dan memperkenalkan keindahan Rumah Pahang kepada komuniti setempat dan pelancong. “Ia sepatutnya dijadikan acara tahunan, malah boleh buat dua atau tiga tahun sekali.. mungkin di lokasi-lokasi lain yang dirasakan sesuai dan boleh dipromosikan,” katanya. Pada acara dua hari itu turut diadakan persembahan kebudayaan dan permainan tradisional selain aktiviti sains kanak-kanak oleh Exploria.

Sumber - PAHANGMEDIA

Pautan Agensi

SUK PahangTourism PahangMAMPUMyGOVJPATourism Malaysia

Hubungi Kami

Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser
No 33 & 33A, ICT Hub Indian Town,
Jalan Putra Square 4,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
 
Emel: webtourism16[at]gmail[dot]com

Jumlah Pelawat

Malaysia 74.2% Malaysia
South Korea 7.9% South Korea

Total:

36

Countries
009137
Today: 10
Yesterday: 18
This Week: 139
This Month: 414
Last Month: 622
Total: 9,137
FacebookInstagramTiktokTwitterYou Tube
Hakcipta Terpelihara 2024 © Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser @Tourism Pahang.
Tarikh Kemaskini: 18 November 2024 | Diselenggara oleh : Webmaster PKBF 
Paparan terbaik menggunakan internet versi Mozilla Firefox atau Chrome yang terkini
 
 
MyHRMIS Mobile