Tel: 09- 5681623 | Fax: 09- 5681626 | webtourism16@gmail.com                                                                                                                                                                                                                                                                     FAQ Hubungi Kami Maklumbalas Peta Laman
 

KUANTAN, 4 JULAI 2024: Tahun Melawat Malaysia 2026 menjadi pemangkin utama bagi industri pelancongan Malaysia khususnya Negeri Pahang sebagai pilihan utama pelancong sama dari dalam atau luar negara. Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, YB. Cik Leong Yu Man berkata, bagi menyemarakkan lagi Tahun Melawat Malaysia 2026, Kerajaan Pahang telah menganjurkan Lawatan Familiarisasi (Fam-Trip) Eksplorasi Malaysia: Discovery East Coast Penggiat Industri Pelancongan dan Media Sumatera Barat, Indonesia – Pahang 2024.

Menurutnya, Indonesia merupakan negara ketiga daripada lima negara yang mencatatkan jumlah kedatangan pelancong tertinggi ke Negeri Pahang iaitu seramai 211,668 orang pada tahun lalu. “Saya percaya, Indonesia akan terus memainkan peranan penting dalam jumlah kedatangan pelancong dari luar negara ke Negeri Pahang ini,” katanya. 

Beliau berucap demikian pada Program Perjumpaan (Business To Business/Networking) Dinner Sempena Lawatan Familiarisasi (Fam Trip) Eksplorasi Malaysia : Discovery East Coast Agensi Pelancongan Sumatera Barat, Indonesia-Malaysia 2024 di Kuantan 188 di Kuantan. Lawatan selama tiga hari itu termasuklah kunjungan ke destinasi-destinasi menarik antaranya Colmar Tropicale (Bukit Tinggi), Serambi Teruntum, Dinosaur Encounter (Zoo Teruntum), Kuantan Art Street, Pusat Tenun Pahang Diraja Sungai Soi dan Pusat Peranginan Genting Highlands. Program ini dihadiri oleh penggiat industri pelancongan dari Sumatera Barat, Indonesia, yang diharapkan dapat memperkukuhkan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak.

Menurut YB Cik Leong, dengan promosi berterusan dan pakej pelancongan menarik, Pahang berharap dapat menarik lebih ramai pelancong dari Sumatera Barat dan negara-negara lain. Produk pelancongan utama di Pahang antaranya Billfish Sanctuary di Rompin, Hutan Hujan Tropika di Taman Negara, World City of Musang King di Raub, Pulau Tioman, Giant Carpet di Cameron Highlands, Canopy Walkway di Taman Negara dan Tasik Chini.

“Sokongan dari Sumatera Barat amat dihargai dan diharapkan dapat membantu mempromosikan Pahang sebagai destinasi pelancongan pilihan,” katanya. Program kerjasama di antara Tourism Pahang dengan Tourism Malaysia Medan, Indonesia ini juga bertujuan memperkukuhkan hubungan kerjasama antara Pahang dan Sumatera Barat serta mempromosikan keunikan destinasi pelancongan Pahang. – PAHANGMEDIA

Pautan Agensi

SUK PahangTourism PahangMAMPUMyGOVJPATourism Malaysia

Hubungi Kami

Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser
No 33 & 33A, ICT Hub Indian Town,
Jalan Putra Square 4,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
 
Emel: webtourism16[at]gmail[dot]com

Jumlah Pelawat

Malaysia 74.2% Malaysia
South Korea 7.9% South Korea

Total:

36

Countries
009137
Today: 10
Yesterday: 18
This Week: 139
This Month: 414
Last Month: 622
Total: 9,137
FacebookInstagramTiktokTwitterYou Tube
Hakcipta Terpelihara 2024 © Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser @Tourism Pahang.
Tarikh Kemaskini: 18 November 2024 | Diselenggara oleh : Webmaster PKBF 
Paparan terbaik menggunakan internet versi Mozilla Firefox atau Chrome yang terkini
 
 
MyHRMIS Mobile