Tel: 09- 5681623 | Fax: 09- 5681626 | webtourism16@gmail.com                                                                                                                                                                                                                                                                     FAQ Hubungi Kami Maklumbalas Peta Laman
 

KUANTAN, 27 FEBRUARI 2024 : Pahang telah mencapai sasaran kedatangan pelancong dengan jumlah sebanyak 13.23 juta orang dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM 11.89 bilion telah dibelanjakan di negeri ini pada tahun lalu. Exco Perpaduan, Pelancongan Dan Kebudayaan Negeri Pahang, YB Leong Yu Man berkata, angka berkenaan telah melepasi sasaran sebanyak 29 peratus dan jumlah pelancong dijangka terus meningkat pada tahun ini. “Ini (jumlah pelancong ) telah mencapai sasaran kita pada tahun lepas iaitu seramai 13 juta orang berbanding 10.18 juta orang pada tahun 2022. Ia memang sesuatu yang memberangsangkan dan menggembirakan.

“Genting Highlands, Kuantan, Cameron Highlands dan Taman Negara disenaraikan sebagai destinasi utama dalam negeri yang mencatatkan peningkatan yang ketara dalam jumlah pelancong,” katanya pada sidang media khas yang diadakan di sini hari ini. Hadir sama Pengurus Besar Tourism Pahang, Encik Kamaruddin Ibrahim.

Dalam pada itu YB Leong Yu Man berkata, bagi merancakkan lagi sektor pelancongan tahun ini sebanyak 41 acara telah tersedia di dalam kalendar tahun ini dan sudah pasti ia menjadi tarikan kepada Pahang yang bakal menjadi tuan rumah Tahun Melawat Malaysia pada 2026. “Selain itu, ada program-program baru seperti Malaysia International Tourism Expo Pahang 2024 (MIT PAHANG 2024) dan Familiarisation Trip atau Lawatan Suai Kenal (FAM TRIP) akan turut diadakan untuk memperkukuh industri pelancongan domestik dan antarabangsa. “Kerajaan Negeri juga telah memperuntukkan dana sebanyak RM 3 juta pada tahun ini untuk meningkatkan infrastruktur pelancongan, termasuk untuk projek berasaskan flora dan perhutanan yang menjadikan jumlah bajet keseluruhan untuk infrastruktur pelancongan berjumlah sebanyak RM5.2 juta,” katanya.

Menurutnya, ia juga adalah satu langkah penting untuk pelancongan Pahang membuat persediaan sempena Tahun Melawat Malaysia nanti. Katanya lagi, sasaran kedatangan pelancong ke negeri Pahang pada tahun ini adalah sebanyak 13.5 juta orang dan pelbagai usaha akan diteruskan untuk menarik pelancong dari pelbagai negara, termasuk Asia, Timur Tengah, dan Eropah. “Tourism Pahang dan Kerajaan Negeri terus giat mempromosikan destinasi pelancongan yang ada di negeri ini, namun banyak lagi usaha yang diperlukan dalam meningkatkan daya tarikan pelancongan di negeri ini,” katanya. -PAHANGMEDIA

Pautan Agensi

SUK PahangTourism PahangMAMPUMyGOVJPATourism Malaysia

Hubungi Kami

Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser
No 33 & 33A, ICT Hub Indian Town,
Jalan Putra Square 4,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
 
Emel: webtourism16[at]gmail[dot]com

Jumlah Pelawat

Malaysia 74.2% Malaysia
South Korea 7.9% South Korea

Total:

36

Countries
009137
Today: 10
Yesterday: 18
This Week: 139
This Month: 414
Last Month: 622
Total: 9,137
FacebookInstagramTiktokTwitterYou Tube
Hakcipta Terpelihara 2024 © Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser @Tourism Pahang.
Tarikh Kemaskini: 18 November 2024 | Diselenggara oleh : Webmaster PKBF 
Paparan terbaik menggunakan internet versi Mozilla Firefox atau Chrome yang terkini
 
 
MyHRMIS Mobile