1 November 2023 - Tourism Pahang berada di Melaka pada hari ini sempena Festival Warisan dan Pelancongan Melaka - Pahang 2023. Festival sedang berlangsung sehingga jam 10 Malam.
Antara produk daripada Pahang yang terdapat di ruang pameran adalah Jaman Tory Recipe dengan demo masakan gulai patin Tempoyak, Royal Pudding dengan demo penyediaan puding diraja, Musang King daripada DSR Fruits Sdn bhd, Produk tenun daripada Perniagaan Sutera Pulau Keladi beserta demo Menenun, Aktiviti mencanting batik daripada Zam Batik Dan juga wakil daripada Menara Kuantan 188 serta Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pahang.
Turut memeriahkan Festival persembahan daripada Penari Penari cilik daripada Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara (JKKN) Negeri Pahang. Festival ini akan dirasmikan oleh KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.