Tel: 09- 5681623 | Fax: 09- 5681626 | webtourism16@gmail.com                                                                                                                                                                                                                                                                     FAQ Hubungi Kami Maklumbalas Peta Laman
 
kanu BF

RAUB, 24 OKTOBER 2023 : Bukit Fraser bakal menjadi kawasan tanah tinggi pertama di Asia yang dijadikan tempat penganjuran sukan kanu polo.

Menurut Pengurus Besar Tourism Pahang, Encik Kamaruddin Ibrahim, ini memandangkan Bukit Fraser juga satu-satunya kawasan tanah tinggi di negara ini yang memiliki tasik bagi tujuan ini. “Kita ingin meletakkan Bukit Fraser ini dalam peta dunia bagi sukan kanu polo. Ini kerana biasanya sukan kanu polo ini berlangsung di negara-negara Eropah dengan cuaca sejuk.

“Jadi kita di Bukit Fraser ini kita ada cuaca yang menarik dan acara ini mampu untuk menjadikan Bukit Fraser sebagai destinasi pelancongan sukan rekreasi khususnya bagi acara kanu polo. “Dan yang menariknya di kawasan tanah tinggi di negara kita, satu-satunya tasik yang ada di tanah tinggi adalah di Bukit Fraser dan kita mengambil peluang khazanah alam yang terdapat di sini,” katanya ketika ditemui semasa Fraser’s Hill Canoe Polo Competition 2023 di Allan’s Water, Bukit Fraser. 

Beliau berkata sukan kanu polo ini juga bakal dijadikan acara tahunan dan dimasukkan di dalam kalendar pelancongan Negeri Pahang bermula tahun hadapan. “Bermula tahun hadapan kita akan mencari tarikh yang bersesuaian dan ia akan menjadi antara acara-acara utama di Negeri Pahang dan kita dah ada pihak-pihak dan pasukan daripada luar yang bertanya (mengenai acara kanu polo di Bukit Fraser),” katanya.

Sementara itu, menurut Presiden Persatuan Kanu Malaysia (MASCA), YM. Raja Shahrul Azremel Raja Sahar berkata suhu di Bukit Fraser membantu para atlet sukan ini memberikan prestasi terbaik. “Keadaan suhu membolehkan atlet memberi 100 peratus kerana kalau kebisaannya di Malaysia ini kita buat pertandingan di tasik, jadi suhunya amat panas, dan atlet akan cepat penat. Berbeza di sini, dengan suhu 18 darjah celcius, atlet boleh bagi persembahan yang paling baik. “Kalau kita menyertai kejohanan dunia, memang cuacanya sejuk. Jadi satu langkah terbaik kalau atlet kebangsaan dapat jalankan latihan di sini untuk memberi penyesuaian pada suhu dan keadaan air yang sejuk. Itu amat penting sekali.

“Dan daripada pengalaman lepas, atlet ada masalah tangan kebas bila bermain di tempat sejuk dan menyusahkan mereka untuk memegang bola dan kita jangka akan bekerjasama dengan Tourism untuk adakan training camp pada tahun hadapan,” katanya. Acara ini diadakan julung kalinya dan telah mendapat penyertaan daripada 11 pasukan daripada seluruh negara dengan penawaran hadiah diperuntukkan Tourism Pahang sebanyak RM12,000. - Sumber - PAHANGMEDIA

Pautan Agensi

SUK PahangTourism PahangMAMPUMyGOVJPATourism Malaysia

Hubungi Kami

Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser
No 33 & 33A, ICT Hub Indian Town,
Jalan Putra Square 4,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
 
Emel: webtourism16[at]gmail[dot]com

Jumlah Pelawat

Malaysia 74.2% Malaysia
South Korea 7.9% South Korea

Total:

36

Countries
009137
Today: 10
Yesterday: 18
This Week: 139
This Month: 414
Last Month: 622
Total: 9,137
FacebookInstagramTiktokTwitterYou Tube
Hakcipta Terpelihara 2024 © Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser @Tourism Pahang.
Tarikh Kemaskini: 18 November 2024 | Diselenggara oleh : Webmaster PKBF 
Paparan terbaik menggunakan internet versi Mozilla Firefox atau Chrome yang terkini
 
 
MyHRMIS Mobile