Tel: 09- 5681623 | Fax: 09- 5681626 | webtourism16@gmail.com                                                                                                                                                                                                                                                                     FAQ Hubungi Kami Maklumbalas Peta Laman
 

ROMPIN, 17 MEI 2024 : Sebanyak 97 peratus perbelanjaan ‘cashless’ pelancong berjaya dikutip di Tioman sehingga April lalu di mana sebanyak 76 peratus peniaga sudah menggunakan kemudahan tersebut bagi urus niaga di pulau pelancongan itu.

Pengurus Besar Lembaga Pembangunan Tioman (TDA), YH. Dato’ Haji Idros Yahya berkata, usaha ini telah dilaksanakan bersama Timbalan Menteri Kewangan 1 ketika itu, YB. Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah bersama beberapa agensi lain.“Kalau kita lihat sekarang ini pembayaran di Lembaga Tioman sehingga April ini 97 peratus sudah membayar menggunakan ‘cashless’, hanya 3 peratus sahaja pembayaran menggunakan tunai,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan taklimat berhubung pelaksanaan ‘cashless society’ pada Sesi Pemukiman Kepimpinan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Pahang di Berjaya Tioman Resort di Tioman, pagi tadi.

Menurutnya, kemudahan ‘cashless’ ini juga turut menjamin keselamatan kewangan di kalangan peniaga dan pelancong tanpa perlu membawa wang tunai bagi sebarang urusan di pulau berkenaan. “Jadi sasaran kita ialah yang pertama sekali untuk memudahkan perbelanjaan pelancong semasa berada di sini (Tioman) dan dengan adanya kemudahan untuk berbelanja kita harapkan pelancong akan berbelanja lebih tinggi sebab dia mudah hendak belanja dan tidak perlu bawa ‘cash’ atau pun wang tunai yang banyak,” katanya.

Dato’ Haji Idros berkata, Bank Negara mensasarkan sebanyak 30 peratus peniaga di Tioman dapat melaksanakan ‘cashless’ dalam urusniaga mereka namun sambutan luar biasa diterima apabila sebanyak 76 peratus peniaga di Tioman menyambut baik pelaksanaan tersebut. Impak besar diterima oleh peniaga di Tioman apabila pelancong domestik dan luar negara dapat berbelanja lebih tanpa menggunakan wang tunai apabila transaksi menjadi lebih mudah dan selamat. – PAHANGMEDIA

Pautan Agensi

SUK PahangTourism PahangMAMPUMyGOVJPATourism Malaysia

Hubungi Kami

Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser
No 33 & 33A, ICT Hub Indian Town,
Jalan Putra Square 4,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
 
Emel: webtourism16[at]gmail[dot]com

Jumlah Pelawat

Malaysia 74.2% Malaysia
South Korea 7.9% South Korea

Total:

36

Countries
009137
Today: 10
Yesterday: 18
This Week: 139
This Month: 414
Last Month: 622
Total: 9,137
FacebookInstagramTiktokTwitterYou Tube
Hakcipta Terpelihara 2024 © Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser @Tourism Pahang.
Tarikh Kemaskini: 18 November 2024 | Diselenggara oleh : Webmaster PKBF 
Paparan terbaik menggunakan internet versi Mozilla Firefox atau Chrome yang terkini
 
 
MyHRMIS Mobile